Wednesday 9 March 2016

TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK DLANGKAWI


TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK DLANGKAWI





Dataran Lang Langkawi 

Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..Menurut Lagenda Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi . Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .




Air Terjun Durian Perangin


Air terjun ini terletak 12 kilometer dari pekan Kuah dan boleh dihubungkan dengan laluan jalanraya. Air terjun ini mempunyai 14 peringkat dan batu batannya yang unik amat sesuai untuk aktiviti berkelah dan rekreasi. Untuk ke sini, para pengunjung boleh menaiki kenderaan menghala ke Air Hangat dan seterusnya mengikut papan tanda yang terdapat di simpang masuk ke kawasan air terjun ini.







Pantai Teluk Yu


Pantai ini terletak berhampiran pantai Pasir Hitam. Kawasan lautnya mengadap ke arah Laut Andaman dan sempadan Thailand. Pantainya yang bersih dan airnya yang jernih adalah daya tarikan utamanya. Jika ingin ke sini anda perlu menaiki kereta kira-kira 30 minit menghala ke arah Teluk Ewa. Terdapat pondok rehat disediakan di sepanjang pantainya untuk kegunaan para pengunjung. Selain itu terdapat beberapa kedai makan disediakan di sini.





Pantai Pasir Hitam


Pantai pasir hitam adalah antara pantai yang paling unik. Keunikkannya adalah disebabkan oleh keadaan pasir pantainya yang berwarna hitam. Pantai ini terletak di utara pulau Langkawi iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dari Pekan Kuah. Bagi para pengunjung yang ingin ke sini terdapat pelbagai jenis cenderamata dapat diperolehi di bazar dan gerai berhampiran.







Pantai Pasir Tengkorak


Pantai ini terletak kira-kira 40 minit dari Pekan Kuah. Berlatar belakangkan kawasan hutan yang menghijau, pantai ini mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu kawasan pantainya yang berbatu. Pantai ini agak pendek berbanding pantai-pantai lain di Langkawi. Namun ianya tetap menjadi tumpuan pelancong serta penduduk tempatan yang datang untuk berkelah. Pantai ini terletak di kawasan Datai yang masih lagi terpelihara kawasan semulajadinya. Kepada semua pengunjung Langkawi, jangan lupa untuk berkunjung ke Pantai Pasir Tengkorak.




ISMAIL GROUP
YANG NI ADA JUAL COKLAT JE YER


TAMAN BUAYA LANGKAWI.
DEKAT JA DENGAN AIR TERJUN TEMURUN DAN PANTAI PASIR TENGKORAK







MAKAM MAHSURI

Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .



UNDERWATER WORLD LANGKAWI 
di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.



JANGAN LUPA MAI 3D ART GALERI DI SKY CAB





JOM PI TAMAN BURUNG LANGKAWI


JANGAN LUPA MAI RASA NASI AYAM PALING TERHANGAT DILANGKAWI



BERAS TERBAKAR 


CABLE CAR



TAMAN BURUNG




AIR HANGAT 








No comments:

Post a Comment